Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan (IM 244)

Assalammualaikum :)

Untuk entri kali ni, aku akan share sedikit information untuk ijazah sarjana muda pengurusan perpustakaan pulak. Tapi since aku from post-diploma, so akan nampak lebih mudah sikit perjalanan hidup aku.

OVERVIEW

So overview degree in library ni total ada 7 semester.

7 semester = 3.5 tahun
1 tahun = 2 semester
1 semester = 5 bulan

7 semester adalah untuk adik adik lepasan matriks atau lepasan STPM. Meanwhile untuk adik adik yang lepasan diploma pengurusan perpustakaan, anda ada kelebihan sikit boleh potong subjek dan semester. In conclusion, adik adik lepasan diploma ni akan terus melompat pergi ke sem 3 dan tidak ada koku. Ok?

Untuk maklumat tambahan je la, almost kesemua subjek yang korang belajar time degree ni semua repeat balik apa yang korang belajar time diploma. So, that's why aku cakap post-diploma ni ada kelebihan sikit.

Ikut pengalaman aku la. Masa aku and the geng masuk degree dan terus melompat ke sem 3. Majoriti budak batch aku tua setahun. Jenuh nak panggil semua orang kakak hahahah. Bangga la jugak sebab kita muda muda dah ada diploma and degree. Tapi, rezeki kita lain lain. Yang lepasan matriks dan lepasan STPM jangan rasa down pulak bila dgn budak2 post-diploma. Sebab, kami pun datang uitm untuk belajar. Bukan nak eksyen pandai.

LOCATION

Ok guys, kita proceed dengan location pulak. Korang mesti ada yang tertanya-tanya kat mana je ada course library ni kan? So, kos library ni cuma ada di uitm kedah, uitm rembau dan uitm puncak perdana. Tiga uitm ni sahaja provide untuk diploma, degree dan master in library management.

SUBJECT

Library Management ni di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat. So, di dalam Fakulti ni terdapat beberapa cabang bidang. Iaitu,

1) library
2) record
3) resource centre
4) system

Nanti, every semester korang akan diberi pilihan untuk pilih dua subjek elektive dari cabang lain.

Tak faham kan?

Ok, contoh gini. Aku dari course library, so dua subjek elektive aku boleh pilih sama ada nak amek dari course record/ resource atau system.

Benda ni korang takyah la ikut member member. Bagi korang yang suka system, boleh try amek subjek elective system. Amek lah subjek c++. HAHAH. Function apa belajar system. Meanwhile, sape yang malas nak fikir lebih pastu tak yakin boleh dekan... Korang bole la amek subjek elective yang ringan ringan. Masa orientasi nanti, diorang akan kasi senarai subjek elective. So jangan risau k.

Macam aku dulu time degree, aku amek subjek ringan ringan and mudah perform supaya aku bole dekan :') Lepastu time final sem, aku amek subjek yang takde final exam supaya aku boleh balik awal KAHKAHKAH. Takde lah, untuk info. adik adik, setiap subjek ni akan ada final exam. Tapi ada je subjek yang tiada final exam cuma digantikan dengan final group assignment yang berat berat dan barai. Gitu lah. So, pandai pandai la korang buat pilihan. Kalau konpius, bole email aku k.

PELUANG PEKERJAAN

Engkorang dah ada degree kan? So gred degree korang adalah S41.

Untuk lepasan diploma pulak yang amek degree, akan ada dua gred iaitu gred N29 dan S41.

Jangan risau pasal kerja, semua ni rezeki masing masing. Nanti bila kau da habis belajar, kau akan tengok sorang sorang member kau kerja. Ada yang keje dalam bidang library, ada yang keje luar bidang, ada yang da kawen jadi suri rumah je dan ada juga yang masih lagi menganggur. So, apa aku nak cakap, bersyukur lah dengan rezeki masing masing.

Dulu masa aku lepas habis degree, aku punya la riak nanti kerja gred S41 gaji ber k k. HAHAHAHA. Sekali, hamek ko. Zaman sekarang nak cari keje ni susah dik non oi. Even keje di luar bidang pun, kau apply je lah. Sekarang aku keje sebagai customer service lansung takde kene mengena dengan library. Tapi, at least aku ada experience bekerja dalam office dan ada pengalaman sbg customer service.

Satu je aku nak pesan, kau da abes belajar ni nanti cari la keje dalam office office ni. Sebab kalau kau letak experience keje sebagai promoter, hampeh syarikat sekian sekian nak amek kau sebab kau takde pengalaman keje dalam office.

Tapi aku bersyukur walaupun aku keje sebagai customer service di luar bidang library, tapi environment dalam office aku sumpah seronok dan gaji aku sedap. Kira ok lah level diploma. Engkau tak dapat keje dalam bidang sama pun takpe dik, asalkan suasana keje dan gaji kau sedap. Siyes aku cakap. :)

Ok, sambung.

Nanti, untuk sem 4 korang dah start buat event yang melibatatkan orang ramai. Time ni la kenangan kenangan mula tercipta. Cewwah. Hahaha

Lepastu, sem 6 nanti korang akan ada satu subjek english ni dipanggil EET. EET ni korang takkan pernah ada kelas. Tahu tahu je da amek exam. Siyes2. Hahahaha

Lepastu sem 7 nanti praktikal. Huhu. Untuk next entri nanti aku akan share pengalaman aku praktikal di PETRONAS.

So, ada apa apa soalan korang boleh email aku pkahdluffy@gmail.com okay?

Thanks sebab sudi membaca. Boleh baca next entri untuk tahu pasal praktikal. :)

Comments

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Perpustakaan (IM 120)